Wednesday 18 February 2009

Jenis-jenis Tudung Bawal

1. Bawal no 2
Bawal no 2 ialah tudung bawal gred rendah. Fabriknya agak keras dan menyerupai cotton. Pilihan warnanya juga kurang menarik jika dipadankan dgn warna kulit. Fabriknya juga mudah berbulu dan warnaya akan pudar selepas beberapa kali basuhan.

2. Bawal no 1
Bawal no 1 ialah tudung bawal yang berkualiti dan berbaloi untuk wang anda. Fabriknya lembut, mudah diselia and senang dilipat untuk dipakai di kepala. Pilihan warna juga agak menarik dan kebanyakannya ialah warna2 lembut. Fabriknya agak nipis dan lembut. Sulaman dan jahitan juga lebih berkualiti.

3. Bawal Jepun
Bawal jepun ialah tudung bawal paling berkualiti yang anda boleh dapatkan. Ia merupakan 'Japanese voile'. Sulamannya biasanya buatan tangan dan sgt 'delicate'. Fabriknya lembut, tdk berkedut dan mudah digosok. Warnaya cantik dan menarik. Menariknya, anda perlu menggosoknya sekali shj dan ia tdk akan berkedut walaupun anda membukanya, 'scrunch it' dan melemparkannya di atas sofa.

No comments:

Post a Comment